Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) akan menjalankan kajian secara terperinci sebelum membenarkan penggunaan kanabis atau ganja sebagai salah satu kaedah perubatan.<br /><br />Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya sedia mempertimbangkan penggunaan bahan tersebut sekiranya terdapat bukti saintifik dalam penggunaannya untuk perubatan.